sepanjang hampir dua minggu saya disana, tidur saya nyenyak tidak seperti berada disini. rutin harian yang dikejar manusia cuma ke masjid untuk berjemaah lima waktu. seperti yang dikatakan ustaz, di Masjid Nabawi Madinah sahaja pahalanya 1000x sembahyang tidak seperti di masjidmasjid lain. Aptah lagi di Masjidil Haram Mekah yang pahalanya 100 000x sembahyang tidak seperti di masjidmasjid lain yang cuma 1x. mashaAllah. Cuma itu yang paling dimahukan. Sepanjang disana, kepala saya dibelenggu dengan pelbagai perkara disini, apa yang berlaku dan terjadi sepanjang hidup saya sehinggakan apabila berada lapan hari di Mekah mimpi setiap malam saya adalah perkaraperkara yang terlalu dekat dan terlalu hampir dengan saya, sampaikan suatu subuh saya terjaga lantas meluru ke bilik air dalam ketakutan. Serius keadaan saya disana cuma tergamam kerana hebatnya Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Macam Nur Kasih... :)
dan saya begitu kagum dengan akurjujur kamu
,rasa hebat pada yang khaliq,masya-Allah,mudahmudahan DIA melapangkan ruang untuk saya bersujud di tanah barakah nya,amin
Post a Comment