On account of the statistics estimate that woman is the main victim and husband as the main batterer. Yea, I was presenting about this earlier today. Not going to rant about that, only I just scoured something beautiful for myself down here. Spread the happiness then.
1. Perintah Allah supaya menggauli isteri dengan baik dan sabar dengan karenah isteri. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu semua dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan
cara yang baik. Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka
(disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru
menceraikannya); kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah
SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak
(untuk kamu).” (Surah Al-Nisa’:19)
2. Wasiat Rasulullah supaya menggauli isteri dengan baik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu semua supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri. Sesungguhnya
kamu semua mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu semua
menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah
SWT”(Riwayat Al-Tirmidzi)
3. Berbuat baik kepada isteri lambang kesempurnaan iman. Sabda Nabi yang bermaksud:
“Orang
mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan
lemah lembut terhadap isterinya.”(Riwayat Abu Daud)
4. Lelaki yang paling baik ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri. Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:
“Rasulullah
SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap
isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada
seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak
ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”(Riwayat
Abu Daud).
5. Larangan menyakiti isteri
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya,
“Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah
memukul isterinya. Tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti
memukul budak, dipukul pada siang hari dan digaulinya pada malam hari?
Baginda Rasulullah SAW sangat MARAH tatkala melihat seorang suami
memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul
isterimu?”
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”
“Aku tidak bertanya alasanmu, aku menanyakan mengapa engkau memukul
teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?” Sahut Rasulullah SAW.
Dan juga Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan al-Nasai)
Nabi
menegah memukul isteri sesuka hati. Baginda menyandarkan mereka kepada
Allah dengan panggilan “hamba-hamba Allah di kalangan wanita”, sebagai
gesaan supaya kita patuh kepada Allah SWT dan berwaspada daripada
melampaui batas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment