Saya sedang mengikuti seminar dan perbentangan kes secara besar-besaran. Perkara yang paling saya gemari mengenai perbentangan kes yang melibatkan ramai pihak adalah paparan kes yang terlalu pelbagai. Hari ini terdapat satu kes yang membuatkan bulu roma saya meremang.
Kes yang dikendalikan oleh rakan saya ini melibatkan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun yang baru sahaja melahirkan bayi hasil perbuatan bapa tirinya. Sementah 10 tahun, remaja ini telah disentuh oleh bapa tirinya. Dan pada umur 13 tahun pernah diguna secara bergilir-gilir oleh rakan-rakan adik tirinya.
Sesi pertama klien hanya menangis.
Saya terkedu dan sebak. Kerana saya kenal rasanya mempunyai klien yang menitiskan airmata di depan mata tanpa boleh dipeluk mahupun dipujuk.
Menahan airmata daripada mengalir apabila berhadapan dengan klien adalah perkara yang menyakitkan. Itu cabarannya menjadi seorang pendengar yang tidak menghakimi kerana kami diajar untuk empati bukannya simpati. Dan apa yang perlu dilakukan bukan sekadar mendengar dan meng-iya, tanggungjawab paling besar perlu digalas adalah kepercayaan yang diberikan untuk merawat perasaan, pemikiran dan tingkah laku yang membabitkan kesejahteraan seorang manusia.
Walaupun prosesnya melibatkan masa berbulan-bulan, namun hasilnya sangat membahagiakan. Seronok dapat memberi kehidupan kepada manusia lain. Dan seronok apabila dapat menghidupkan satu harapan yang tidak pernah disangka-sangka.
Pertimbangkanlah dengan apa yang mahu dirungutkan dan belajar mensyukuri. Cari sebanyak mana lilin yang boleh memberi cahaya kepada kegelapan kita. Kerana dalam lantang kita menyuarakan rengekan, ada jiwa-jiwa menderita yang cuma bersuara dengan sepasang redup mata.
3 comments:
Excellent in writing betul sorang ni. keep it up!
hello...:)dop tahu mu knl aku ke x...hahah..
btw,
what's the diff between empathy ans sympathy??
azah,
simpati lebih sekadar melibatkan emosi.
empati, memang melibatkan emosi jugak but more like keupayaan untuk rasa apa yang manusia lain rasa dan cuba membantu.
itu bezanya. :)
Post a Comment