October 2, 2013

the show must go on

Senja adalah waktu indah
merapatkan diri
kepada sepi dan pekat malam
mengajar dan dijadikan pegalaman
untuk kita berusaha mengerti
akan apa yang tidak tertolak
iaitu mimpi yang menghampir ke fikiran
dan apa yang telah dijadikan kenangan
serta tawa yang tersimpan
tertangguh apa yang pernah mahu diluahkan
kerana ini adalah waktu benar
waktu menerima

Senja | Disember 1978

No comments: